Persatuan Agama Islam dengan kerjasama MAKDIS SMK Taman Daya 2 telah mengadakan praktikal haji dan umrah pada 10 September 2011. Praktikal ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru dan pelajar untuk merasai sedikit sebanyak pengalaman sewaktu mengerjakan haji.
Praktikal ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang sedang mempelajari topik berkaitan haji dan umrah. Aktiviti ini disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan lima sains 1, ahli-ahli persatuan agama Islam dan guru-guru muslim.
Antara aktiviti yang sempat dijalankan adalah, miqat, wuquf, tawaf, saie dan melontar jamrah. Selain memberikan pengalaman belajar, aktiviti ini turut menarik minat para guru untuk menunaikan haji dan umrah.
Tn Hj Hamid sedang memberikan taklimat melontar jamrah










0 comments:
Post a Comment